Mitos Demokrasi dan Perpaduan

Antara mitos terbesar demokrasi adalah majoriti yang menguasai (majority rules). Mitos ini wujud kerana pendukung demokrasi merasakan dengan bilangan yang ramai, sudah tentulah yang sedikit bilangannya dapat dikuasai. Oleh itu bagi pihak majoriti, mereka tidak perlu risau selagi mana jumlah mereka kekal ramai.

Jika begitu keadaannya, bagaimana kita dapat menjelaskan keadaan di mana kaum yahudi yang kurang 0.1% jumlahnya di dunia ini menguasai ekonomi, kewangan, teknologi, hiburan dan politik?

Bolehkah kita menjelaskan juga mengapa kaum cina di Malaysia yang populasinya hanya sekitar 30% menguasai lebih 70% ekonomi seperti pemilikan ekuiti, hartanah, rantaian pengeluaran (supply chain) barangan dan menjadi ‘kingmaker’ di lebih 50% kawasan parlimen.

Jika benar demokrasi berkisar tentang majoriti, sudah tentulah perkara ini tidak terjadi.

Hakikatnya adalah, di dalam demokrasi majoriti atau minoriti sebenarnya kurang penting. Sebaliknya yang menentukan kekuatan dan kemajuan sesuatu bangsa di dalam demokrasi adalah perpaduan.

Bangsa Yahudi dan Cina bersatu padu dalam mencapai matlamat memajukan bangsa mereka melalui politik dan ekonomi. Apabila dikatan bersatu padu bukanlah bermakna mereka tidak bergaduh sesama sendiri.Mereka juga bergaduh dan bertelagah, mungkin lebih dasyat. Namun apabila berkaitan soal kemajuan dan survival bangsa, mereka mengenepikan perbezaan yang ada dan memilih untuk bersatu padu.

Pilihanraya 2013 yang lepas menunjukkan 95% pengundi cina bersatu menolak Barisan Nasional yang menganjurkan konsep perkongsian kuasa. Sebaliknya 95% pengundi Cina memilih Pakatan Rakyat yang mengamalkan konsensus dan kesamarataan.

Ramai yang terlupa menjelang pilihanraya Pengerusi DAP Johor secara terang-terangan bergaduh dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Di Melaka dan Perak juga perkara sama turut berlaku. Di sebalik pergaduhan dalaman parti Cina ini, pengundi Cina tetap memberikan sokongan yang ‘solid’ kepada DAP. Bahkan purata majoriti kawasan dimenangi oleh DAP adalah lebih 10,000.

Jika ini bukan bersatu padu, jadi apa sebenarnya yang dikatakan besatu padu?

Perkara ini membuktikan bahawa di dalam demokrasi, pihak minoriti juga boleh menjadi ‘kingmaker’, kuat dan maju daripada pihak majoriti asalkan mereka bersatu padu.

Kita sering diberitahu antara punca kemunduran umat Islam di dunia adalah kerana sering bertelagah, bertelingkah isu remeh temeh dan berbunuhan sesama sendiri.Secara logiknya, tidak mungkin umat yang mempunyai penganut lebih 1/6 populasi dunia serta kaya dengan ratusan billion petrol-dollar boleh berterusan mundur dan lemah.

Yang anehnya, apabila diajak untuk bersatu, timbullah suara yang menentang. Lebih pelik lagi suara ini datang di kalangan umat Islam sendiri.

Antara mitos popular penentang perpaduan yang sering dimainkan adalah ‘bersatu padu ini tujuannya adalah untuk menentang pihak yang lagi satu.’ Lebih mengejutkan lagi pihak ini mengatakan perpaduan adalah provokasi untuk mewujudkan pergaduhan..

Jika perpaduan dianggap sedemikian rupa, adakah golongan penentang ini merasakan keadaan akan menjadi lebih baik dengan terus berpecah belah?

Analoginya, apabila ibu bapa kita menyuruh anak-anaknya untuk bersatu padu demi kemajuan keluarga itu sendiri,adakah ia bertujuan untuk bergaduh dengan keluarga jiran sebelah? Bagaimana pula seruan bersatu padu di dalam organisasi,kelab, pasukan dan syarikat? Adakah ia bermaksud untuk bergaduh dengan pihak yang lain ataupun demi kekuatan sendiri?

Mitos seterusnya adalah perpaduan hanyalah ‘fallacy’ dan manusia memang berpecah sejak dahulu lagi.

Jika manusia khususnya bangsa melayu di Malaysia tidak pernah bersatu, jelaskan mengapa Malayan Union gagal direalisasikan? Adakah kerana tiba-tiba British insaf dan bermurah hati ataupun sebenarnya British gentar dengan kesatuan bangsa melayu dari pelbagai persatuan, wilayah dan negeri?

Perpaduan di kalangan bangsa melayu yang diteruskan dengan perpaduan di antara melayu, cina dan india telah membawa kemerdekaan kepada negara.

Kemajuan negara yang pantas selepas insiden rusuhan kaum 13 Mei juga hasil daripada perpaduan orang melayu yang kurang bergaduh sesama sendiri sebaliknya lebih tertumpu memajukan bangsa sendiri melalui kerjasama dengan kaum lain.

Pihak penentang perpaduan boleh berkata apa sahaja. Tetapi sudah jelas perpaduan bangsa melayu lebih banyak membawa manfaat daripada perpecahan.

Jika bangsa Cina yang sudah maju masih lagi menganjurkan perpaduan di kalangan mereka terutama soal pendidikan dan kuasa politik, apa pencapaian yang boleh dibanggakan oleh bangsa melayu untuk terus berpecah?

Mengapa melayu sahaja yang kerap disuruh untuk bersatu? Ini kerana bangsa melayulah yang paling berpecah belah dan perpecahan ini hanya melemahkan orang melayu sebagai pihak majoriti di negara ini.

Adakah penyataan ini rasis? Hanya mereka yang rasis sahaja melihat perpaduan di kalangan bangsa melayu sebagai provokasi untuk bergaduh dengan bangsa lain.

Advertisements

One thought on “Mitos Demokrasi dan Perpaduan

  1. ain salleh says:

    HAHAHA.. NAK SURUH SEMUA MELAYU BERSATU UNTUK SOKONG BN ? HEHEHE.
    CINA PUN ADA DI INDONESIA, CINA PUN ADA DI THAILAND.
    KENAPA MEREKA BOLEH WUJUDKAN NEGARA BANGSA DI SANA ?

    TIADA BANGSA2, YG ADA HANYA BANGSA INDONESIA, BAHASA INDONESIA
    TIADA BANGSA DI THAI. YG ADA HANYA BANGSA THAILAND, BAHASA THAILAND.

    KENAPA BN TAK BUAT NEGARA BANGSA ?
    SEMUA P.M TAKUT NAK TUKAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ?
    TAKUT DENGAN BILLIONAIRE2 MALAYSIA YG TERDIRI DARI KRONI2 M.C.A ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: