#MASflyMAS

Sudah masuk hari ke 8 MH370 hilang dalam perjalanan- satu kejadian yang paling tidak diingini berlaku ketika MAS sedang dalam usaha memulihkan preastasi kewangannya.

MAS telah melakukan yang terbaik dalam menangani krisis yang pertama kali seumpamanya dalam sejarah penerbangan dunia.

Laman web MAS telah menghentikan sebarang promosi, page facebook telah diwarnakan kelabu dan terbaru, membatalkan penyertaan di pameran MATTA Fair 2014.

Laman Web MAS

Laman Web MAS

Facebook Page MAS

Facebook Page MAS

Hari ini juga MAS mengeluarkan iklan promosi tanpa menggunakan sebarang logo dan identiti mereka.

Cukuplah dengan sebarang teori dan berita dari ‘orang dalam’ atau ‘kawan kepada kawan’. Hentikanlah juga karut-marut bomoh kelapa dan tamparan buaya. Sudah-sudahlah mencari kesalahan, kenyataan bercanggah dan kemampuan berbahasa Inggeris mereka yang bertugas di dalam Operasi Mencari dan Menyelamat MH370.

Sudah tiba masanya kita turut membantu- kalau tidak turun ke laut dan mencari pun, tetapi membantu dalam mengembalikan kepercayaan kepada MAS dan mungkin memulihkan prestasi syarikat penerbangan negara kita.

Sempenan MATTA Fair ini MAS telah menyediakan promosi khas.

*

Tahun lepas saya ke MATTA Fair untuk mencari tiket penerbangan untuk melanjutkan pelajaran. Saya mempunyai dua pilihan sam ada untuk terbang sedikit murah dengan Emirates ataupun mahal sedikit dengan MAS.

Saya fikir biarlah bayar lebih sedikit kerana duit itu masih berlegar di antara rakyat Malaysia. (Dan sebab saya pun ditaja oleh duit rakyat Malaysia.)

Jadi saya menaiki penerbangan MAS terbang ke Paris. Pesawat jumbo A380 sangat selesa, canggih dan tidak begitu terasa gegaran di udara. Servis krew MAS sangat terbaik. Saya masih ingat masa itu saya batuk teruk di dalam perjalanan. Tiba-tiba saya diberi air suam oleh krew tanpa diminta dan waktu menunjukkan pukul 3 pagi! Itu tidak dikira lagi dengan makanan panas yang disediakan.

Saya yakin ramai rakyat Malaysia bersetuju tentang kualiti perkhidmatan MAS. Tanyalah sesiapa pun, walaupun MAS sedang kerugian, tetapi tidak dinafikan sevis mereka tip-top.

Ketika ini MATTA Fair sedang berlangsung dan booth MAS tidak ada buat pertama kalinya. Bagi mereka yang sudah merancang atau belum merancang tetapi ada rezeki tambahan, bolehlah memilih untuk terbang bersama MAS.

Saya faham Emirates, Etihad dan Qatar Airways mungkin menawarkan promosi yang murah dua-tiga ratus ringgit di laluan yang sama. Tetapi saya fikir tidak mengapalah bayar lebih sedikit kerana mungkin ini salah satu bentuk pertolongan yang kita boleh berikan kepada MAS ketika mereka memerlukan.

Untuk rujukan, harga tambang terbang terus tanpa transit ke London adalah RM2900- all in inclusive.

Sila layari www.malaysiaairlines.com.my dan rujuk gambar di bawah ini.

Promosi MAS- Kreatif dan sensitif

Promosi MAS- Kreatif dan sensitif

Saya harap rakan blogger, rakan-rakan pembaca dapat membantu menyebarkan kempen yang tidak seberapa ini. Terima kasih.

MatRodi

Advertisements
Tagged , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: