PANDA-ngan: We Need Panda, Not China Doll

1. Ada juga yang pertikai kenapa sampai guna RM60 juta untuk sewa panda selama 10 tahun serta kos penjagaannya. Bukankah lebih baik jika duit ini digunakan untuk bina sekolah dan hospital atau subsidi tariff Letrik.

2. Ada perkara yang kita boleh nilai dari segi wang ringgit. Ada perkara lebih berharga daripada untung rugi. Tapi kalau isu panda ini ingin juga dinilai dengan untung rugi, mari dibaca fakta-fakta berikut:

-a) Panda di National Zoo Washington DC disewa dengan kos RM3.3 juta setahun iaitu RM33 juta 10 tahun. Tetapi untung bersih hasil daripada penjualan barangan cenderahati panda sahaja adalah RM3.85 juta setahun.

b) Panda di Zoo Toronto, Kanada menyumbang kepada 10% peningkatan keahlian zoo tersebut dan juga pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini sahaja memberikan pulangan RM10 juta setahun.

c)  Zoo Edinburgh,UK merekodkan jualan tiket melebihi 50% kebiasaan sejak kedatangan panda pada 2011. Jumlah pendapatan zoo tersebut meningkat tiga kali ganda daripada RM27 juta kepada RM81 juta setahun.

d) Zoo Atlanta,USA kena melobi kerajaan China selama 12 tahun untuk mendapatkan panda dan Zoo San Diego pula terpaksa berbelanja RM16 juta bagi kempen dapatkan panda. Malaysia? Tidak perlu melobi atau berkempen, China yang menghargai persahabatan selama 40 tahun dengan Malaysia menawarkan dua ekor panda kepada Malaysia.

3. Kalau ikut perkiraan Zoo Negara Malaysia, jumlah pengunjung akan meingkat sebanyak 500 ribu setahun dengan kehadiran panda ini. Matematik mudah, jika Zoo Negara mengenakan bayaran sebanyak RM10 seorang, sudah RM10 juta setahun pertambahan pendapatan kepada Zoo Negara. Kita jangan lupa ada yang sanggup terbang ke Guilin China bagi melihat gelagat panda.

4. Ini tidak dicampur lagi dengan hasil jualan cenderamata yang selalunya akan laku terutama kepada budak-budak yang begitu meminati haiwan comel ini. Mereka yang menjual cenderamata ‘ciplak’ di luar Zoo juga turut akan menerima tempias ‘Panda Effect’.

5. Selain itu, panda juga boleh mendatangkan pendapatan melalui tujuan komersil di mana ada syarikat-syarikat dan organisasi yang sanggup ‘menyewa’ panda ini bagi tujuan pengiklanan atau branding. Untuk rekod, Fujifilm pernah membayar RM500 ribu kepada Zoo Atlanta bagi sebuah  kempen. Bayangkan panda ni disewa ISMA atau DAP untuk kempen anti perkauman dengan tagline ‘Saya putih, hitam dan Asia tetapi semua orang suka saya’.

6. Kesemua perkara di atas ini jika kita ingin menilai dari aspek wang ringgit. Hakiaktnya kedatangan pand aini lebih daripada itu. Sekarang kita semua tahu rakyat China bukan main marah terhadap Malaysia selepas insiden MH370. MAS kena boikot, agensi perlancongan di sana enggan menjual pakej Malaysia kepada rakyatnya dan keluarga mangsa siap nak saman negara berikutan insiden tersebut. Dengan kedatangan Panda ini sedikit sebanyak hubungan kedua negara dapat dijernihkan.  Sebab itu ada terma ‘Diplomasi Panda’.

7. Oleh yang demikian kedatangan panda ni perlu dilihat dari segi kos diplomasi. Perlu diingatkan bahawa tidak mudah bagi kerajaan China bersetuju memberi pinjam haiwan yang hanya ada 47 ekor di seluruh dunia selain di China.

9. Jika di zaman Kesultanan Melaka, China datang dengan menhadiahkan Hang Li Po. Tetapi di zaman sekarang sudah tentulah praktis sebegitu akan dianggap sebagai pemerdagangan manusia. (Lagipun dah ramai China Doll di rumah-rumah urut di Selangor. We need more panda not China Doll).)

10. Kalau RM60 juta untuk 10 tahun dikira membazir, baik tanya kepada kerajaan Selangor yang degil tak nak bina Loji Air Langat 2 sampaikan Kerajaan Pusat kena keluarkan duit RM760 juta bagi 11 projek mitigasi untuk elakkan kekurangan bekalan air dari 20010 hingga 2013. RM760 juta ini yang sebenarnya tak perlu dikeluarkan kalau kerajaan negeri setuju bagi bina Langat 2 boleh sewa 12 ekor panda atau bina sekolah, hospital, rumah, bagi kat fakir miskin, bayar saman rakyat, subsidi TNB, subsidi kahwin dan sebagainya.

11. Ada yang kata juga RM60 juta untuk panda, baiklah guna untuk pelihara spesis terancam macam Harimau dan Penyu. Betul. Hakikatnya Maybank, AmBank dan beberapa syarikat korporat lagi sudah lama menaja program pemeliharaan Harimau, membawa masuk Unta dan juga haiwan lain. Malahan kita juga mempunyai Pusat Pemeliharaan Orang Utan di Sepilok. Bukankah kita sudah lakukan?

12- Keuntungan Zoo Negara melalui panda ini sudah pastilah digunakan untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan seluruh kawasan Zoo tersebut, bukannya rumah Panda sahaja. Di sini bezanya mentaliti mereka yang tidak faham konsep pelaburan dan mereka yang tahu. Kita belanja sedikit duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak. Jika semua perbelanjaan kita hanya untuk tanggung beban rakyat, bagi orang miskin, subsidi itu ini,- ini semua akan lebih merosakkan negara. Dalam bajet rumah kita sekalipun, sudah pasti ada sedikit wang digunakan untuk pelaburan.

13- Kesimpulannya Panda adalah ‘big business’ untuk zoo, produk perlancongan, berpotensi untuk dikomersilkan kepada korporat dan paling penting ia adalah lambang persahabatan dua negara.

What's The Problem Then?

What’s The Problem Then?


MatRodi

Advertisements
Tagged , , , , ,

4 thoughts on “PANDA-ngan: We Need Panda, Not China Doll

  1. Roslan Bani says:

    Mat Rodi. You again bring sense to those critics. Bravo. Enjoy reading your writings

  2. FatCat says:

    this is common sense. why is our people lacking this. comparing Panda aircond cage to homeless people living under the bridge. as if we took the panda cage budget from the budget allocated for the poor folks. to these people absurd logic thinking we should not do anything or purchase anything unless we eliminate poverty first. it’s like they think the government unable to multitask.

  3. Tanda Tanya says:

    Ape beza unta ambank sponsor dengan unta korban kat masjid slalu ? Just curiosity

  4. Tanda Tanya says:

    lagi satu ape beza china doll dekat selangor dengan china doll dekat kl ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: