CERITA TNB DAN IPP LAGI

Maaf jika bercerita pasal TNB dan IPP lagi. Ini adalah koleksi tulisan saya di fb. Sengaja disiarkan di sini supaya blog tidak bersawang sangat. :-p

Harap bermanfaat dan jemput baca!

IPP DAN TNB

1. Kesimpulan daripada kritikan terhadap artikel Soal Jawab TNB sebelum ini adalah:

a- Kerajaan memberi subsidi kepada Penjana Bebas Eletrik (IPP) sebanyak RM8 billion setahun. Jumlah ini yang sewajarnya dikurangkan- bukan subsidi yang diterima rakyat.

b- TNB terpaksa membeli setiap elektrik yang dijana IPP pada kadar yang tinggi walaupun tidak menggunakannya.

c- Oleh yang demikian margin simpanan (reserve) elektrik di Malaysia adalah 31%- sangat tinggi dari kebiasaan.

d- Sudah jelas kerajaan sepatutnya ‘menekan’ IPP berbanding menekan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik.

2. Ini adalah sentimen kebanyakan mereka yang marah mengenai kenaikan tarif elektrik. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbetulkan dan dijelaskan antaranya:

3. Kerajaan tidak memberikan subsidi kepada IPP. Sebaliknya kerajaan hanya membuat bayaran kapasiti (capacity payment) iaitu bayaran yang telah ditetapkan bagi pembinaan loji penjana elektrik. Ini tidak ubah seperti bayaran pinjaman kereta bulan-bulan ataupun bayaran progresif kepada kontraktor bagi setiap projek.

4. Bagaimana pula dengan harga gas murah yang dinikmati IPP? Gas ini dibekalkan oleh Petronas kepada TNB yang kemudiannya menyalurkan kepada IPP bagi penjanaan eletrik. Tarif gas ini ditetapkan oleh kerajaan sebagaimana kadar harga petrol. Disebabkan terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, Petronas terpaksa menanggung kehilangan pendapatan sekitar RM 8-12 billion setahun.

5. Mengapa Petronas menjual gas kepada TNB dengan sebegitu murah? Jawapannya adalah untuk memastikan tariff elektrik di Malaysia kekal rendah. Oleh yang demikian, subsidi yang kononnya diberi kepada IPP bukanlah untuk keuntungan IPP semata-mata. Analoginya samalah seperti subsidi gula- ia untuk memastikan harga segelas teh tarik kekal sama, bukannya menjadikan towkey gula kaya raya.

6. Sebagaimana yang diterangkan, industri tenaga memerlukan modal yang amat tinggi. Malahan pada tahun 90-an, industri ini masih baru di mana sebarang pelaburan adalah berisiko tinggi. Jadi bagaimana kerajaan boleh meyakinkan pihak swasta untuk melabur berbilion ringgit membina loji jana elektrik supaya negara mempunyai bekalan tenaga yang cukup? Hakikatnya ketika itu Malaysia memerlukan bekalan tenaga yang banyak dan cepat kerana ekonomi sedang bertumbuh pesat.

7. Oleh itu, klausa ‘pay or take’ diletakkan di dalam perjanjian sebagai jaminan supaya IPP berjaya perolehi pinjaman daripada bank. Praktis ini tidak jauh beza dengan sesetengah kontraktor yang menjadikan kontrak projek mereka sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman bank.

8. Walaubagaimanapun, klausa yang berat sebelah ini hanyalah tertakluk kepada IPP generasi pertama iaitu seperti YTL Power. Dan perjanjian YTL bakal tamat pada tahun 2015.

9. Bagi generasi kedua IPP, TNB membayar berdasarkan terma ‘rental plus energy’ yang merangkumi kos overhead dan minima tenaga yang diperlukan untuk IPP balik modal. Bagi IPP generasi ketiga pula TNB hanya membayar apa yang digunakan.

10. Secara ringkasnya, TNB sudah tidak ‘mengsubsidi’ IPP dalam bentuk jaminan klausa ‘pay or take’. Yang ada hanyalah subsidi gas daripada Petronas.

11. Sebab itu keuntungan IPP semakin berkurangan mengikut generasi. IPP generasi pertama untung sekitar 17.8% setahun. IPP geenrasi kedua (14.4%), ketiga (11.7%) dan IPP generasi keempat hanyalah sekadar untung 9.1% setahun.

12. Berkenaan dengan rizab tenaga yang tinggi, sebenarnya tidak ada satu penanda aras yang tepat untuk menentukan berapakah kadar rizab yang sesuai kerana ia berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi. Pun begitu, Malaysia memerlukan rizab yang tinggi kerana grid elektrik di negara kita tidak saling berhubung dengan negara jiran. Ini bermaksud sekiranya berlaku kecemasan, Malaysia tidak boleh membeli eletrik daripada Singapura mahupun Thailand.

13. Ini menjelaskan mengapa Singapura mempunyai rizab elektrik setinggi 47% pada tahun 2013. Negara Thailand pula yang rizabnya sekitar 11% terpaksa membeli elektrik daripada Kemboja dan Myanmar pada tahun ini. Cadangan seorang bekas timbalan perdana menteri yang mahukan rizab elektrik Malaysia dikurangkan sebanyak 20% bukan sahaja tidak praktikal, malah tidak bertanggungjawab terhadap kelangsungan bekalan tenaga negara.

14. Hakikatnya terdapat begitu banyak lagi pembaharuan di dalam sektor tenaga di Malaysia antaranya:

a- Kontrak IPP generasi pertama telah dirunding kembali pada Mac 2013. Rundingan ini dijangka membawa penjimatan sebanyak RM1.76 biliion bagi 4 tahun akan datang.

b- IPP-IPP terpaksa bersaing sesama sendiri untuk membina loji elektrik.di Malaysia sejak pengenalan ‘competitive bidding’ pada 2011. Setakat ini sudah 4 ‘competitive bidding’ dijalankan di mana lebih RM4 billion ‘generation cost’ dapat dijimatkan melalui praktis tersebut.

c- Sejak pengenalan Windfall Tax Levy Act 1998, IPP telah membayar cukai ‘durian runtuh’ sebanyak RM500 juta pada tahun 2008 hingga 2010.

d- Tambahan dari itu, IPP menyumbang 1% daripada jualan elektriknya kepada Malaysia Electricity Supply Industry Trust Account (MESITA). Dana ini yang sudah mencecah RM1.12 billion digunakan untuk menyalurkan elektrik di kawasan pedalaman.

15. Apapun, di sebalik kesemua sumbangan IPP, jasa terbesar IPP adalah berjaya menamatkan monopoli TNB di dalam sektor tenaga. Hasilnya hari ini purata masa gangguan elektrik yang dialami pengguna (System Average Interruption Duration Index (SAIDI) telah berkurangan sehingga 64 minit. Ini adalah lebih baik daripada kebanyakan negara maju contohnya United Kingdom (68 minit).

16. Jika ini semua masih tidak meyakinkan pengkritik IPP, sila lihat keadaan di Sabah yang masih lagi mengalami ‘blackout’.

MatRodi

Advertisements
Tagged , , , , , ,

2 thoughts on “CERITA TNB DAN IPP LAGI

  1. Mat Bon says:

    Salam Mat Rodi, i think your article here is a bit outdated by EC’s announcement, that they are awarding the latest IPP in Pasir Gudang thru direct nego? Probably you may want to provide an explanation …?

    • MatRodi says:

      Wsalam im aware of that. Actually just read the official statement after i posted this article. Haha so far as ive made to understand, even though the project was a direct nego, it will be benchmarked against prai plant 2012 where the tariff is competitive. And it does make sense (wlpn sy x brpe setuju direct nego ni) considering this is a fast track project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: