SURAT TERBUKA KEPADA YB RAFIZI RAMLI

Sebab sekarang ini macam dah trend, asal sahaja ada perkara yang tak puas hati mesti nak tulis surat terbuka, maka MatRodi juga nak tulis surat terbuka. :-p

rafizi

Ke hadapan Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli.

Politik Malaysia bertuah kerana mempunyai seorang ahli politik yang dikatakan bijak pandai, petah berbicara dan otak bergeliga. Tetapi bijak pandai sahaja tidak menjamin seseorang ahi politik itu untuk tidak menjadi bijak auta dan berkata dusta.

YB adalah perancang Kajang Move. Kononnya ia penting untuk misi ke Putrajaya di samping menghalang kejatuhan Selangor daripada gerakan ultra Tun Dr Mahathir.

Tetapi hairannya, selepas 8 bulan, yang saya nampak hanyalah Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Pengerusi Proton, bukannya Pengerusi Perhubungan Negeri BN Selangor.Tidak mungkin kerana pejabat Proton di Selangor maka YB berasa Tun Dr Mahathir cuba merampas Selangor.

Apapun pada forum malam semalam, YB berkata Kajang Move adalah untuk menggantikan TS Khalid kerana beliau disyaki mempunyai masalah integriti. Yang menggelikan hati saya adalah apabila YB berkata ‘what we heard was enough for us to initiate the Kajang Move without enough document on Tan Sr Khalid.’.

Adakah ini bermakna saya boleh mendesak YB daripada menjadi ahli parlimen Pandan walaupun saya tidak ada bukti kukuh tentang ‘cakap-cakap’ liar mengenai skandal YB dengan syarikat konsesi air SPLASH?

YB juga berkata sanggup kalah pilihanraya di Selangor demi prinsip. Bolehkah saya ingin mencadangkan agar YB- atas nama prinsip- lancarkan Segambut Move untuk desak DS Anwar Ibrahim yang buktinya lebih daripada 50 muka surat mengenai salah laku, krisis moral dan integritinya untuk berundur daripada menjadi ahli politik? Boleh? Atau tidak boleh kerana semua itu konspirasi?

Antara isu yang dibangkitkan YB adalah urusan jual beli tanah di antara kerajaan Negeri dengan pemaju Eco World. Ini sangat aneh memandangkan TS Khalid telah membekukan kelulusan pembangunan di 1,172 ekar tanah di Canal City selepas Tropicana menjual 308 ekar  daripada tanah yang dibeli daripada Selangor kepada Eco World untuk ‘easy money’.

Oleh itu, mengapa YB menyalahkan TS Khalid yang cuba mengajar pemaju hartanah tersebut? Bukankah apa yang beliau lakukan itu selari dengan prinsip integriti yang YB canangkan? Atau sebenarnya ada sesetengah ahli politik di belakang pemaju iini?

YB, saya faham yang jarak Selangor lebih dekat dengan Kemaman berbanding Pulau Pinang. Oleh itu mungkin YB telah terlepas pandang mengenai urusan jual beli tanah di bawah harga pasaran yang telah berlaku di Penang Waterfront dan Penang Turf Club oleh IJM Land dan Berjaya Land.

Pada masa yang sama pembinaan terowong bawah laut di Penang yang bernilai RM4.3 Biliion telah dijalankan tanpa tender terbuka dan akan menyebabkan rakyat Penang membayar tol. Bukankah ini bertentangan dengan apa yang YB perjuangkan mengenai pembinaan Kidex?

Mengapa prinsip YB tidak diserlahkan di negeri Penang dengan mendesak Lim Guan Eng berundur sebagai Ketua Menteri?

Bukan sahaja YB sudah kantoi menipu, tetapi YB juga bersikap hipokrit dan double standard. Sesungguhnya saya amat sedih kerana saya melihat YB adalah harapan rakyat Malaysia dan saya begitu kagum dengan prinsip YB.

Akhir kalam saya akhiri dengan serangkap pantun untuk YB:

Orangnya bijak, petah berkata-kata.
Bukan anak Selangor tapi orang Kemaman,
Langkah Kajang semuanya dusta,
Silap hari bulan, YB boleh kena tangan.

MatRodi

Advertisements
Tagged , , , , , , , ,

One thought on “SURAT TERBUKA KEPADA YB RAFIZI RAMLI

  1. Garrett Wong says:

    Very well-written!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: