Jurang Pendapatan di Malaysia

1

Malaysia sememangnya negara yang semakin tahun semakin kaya. KDNK negara berkembang sekitar 5-6% sejak 4 tahun lepas. Keuntungan 200 syarikat terbesar di Malaysia kian bertambah.

Tahun 2013 sahaja, 200 syarikat ini telah untung sebanyak RM163 billion- iaitu lebih 11% daripada tahun sebelumnya. Tidak mustahil mereka akan lebih untung kerana daripada kemakmuran ekonomi negara.

Keuntungan yang bertambah ini, ditambah dengan royalti Petronas yang ‘tetap’ sebanyak RM30 billion setahun sudah pastilah menjadikan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya.

Oleh yang demikian analisis yang dibuat oleh para penganalisis ekonomi dan kenyaataan optimis menteri berkenaan dengan prestasi ekonomi kita adalah tepat. Tetapi menjadi negara kaya sahaja tidak memadai sekiranya pengagihan kekayaan tidak dilakukan dengan betul.

Bagaimana untuk kita menjelaskan keadaan di mana 80% daripada isi rumah di Malaysia menerima pendapatan kurang RM5000 sebulan dan 40% daripadanya lebih kurang daripada RM2000. Pada masa yang sama jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah meningkat sebanyak 12% daripada tahun lepas kepada RM213 billion.

Tidak hairanlah apabila dicampur semua angka ini kita akan mendapat purata pendapatan rakyat Malaysia sebanyak RM5,900. Sesungguhnya angka ini tidak tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar.

Untuk membuktikan kecelaruan formula ‘purata’ ini bolehlah kita membaca statistik pelaburan di dalam Amanah Saham Didik yang dikeluarkan PNB. Pada 2014, purata pelaburan bagi setiap pelabur adalah RM14,500. Jumlah ini banyak jika dilihat sekali pandang. Tetapi realiti sebenar adalah jauh berbeza. 86% pemilik akaun hanyalah mempunyai RM1000 dan 0.5% pelabur atasan memiliki RM1.5 juta seorang.

Keadaan ini tidak jauh bezanya dengan simpanan pencarum KWSP yang mana 78.6% adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM3,000. Di dalam Amanah Saham Bumiputera, 75% daripada pelabur hanya mempunyai purata RM611 di dalam simpanan.

Ini menjelaskan mengapa baru-baru ini timbul desakan supaya bank-bank lebih banyak mencetak not wang RM10 di mesin ATM. Sememangnya ada di kalangan kita yang baki akaun banknya kurang daripada RM50 pada suatu masa.

Dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, kerajaan ingin mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan negara. Rasionalisasi subsidi dijalankan di mana harga minyak dan eletkrik mula mengikut harga pasaran.

Tahun hadapan, cukai GST akan dikuatkuasakan. Sudah tentu harga sesetengah barangan dan perkhidmatan akan naik. Ini menyebabkan ‘pendapatan boleh guna’ golongan kebanyakan semakin kurang. Mereka ini terpaksa meminjam wang untuk meneruskan kehidupan dan sekaligus meningkatkan kadar hutang isi rumah di Malaysia.

Menakutkan? Belum cukup lagi.

Menurut kajian Sime Darby Properties, mereka yang ingin memiliki rumah di Lembah Klang perlu memiliki pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan. Tidak hairanlah permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan ditolak oleh bank.

Lebih 34% hartanah yang bernilai RM250,000 sehingga RM1 juta tidak terjual sepanjang 2014. Rumah tidak akan menjadi semakin murah dan pemaju hartanah semkain gemar membina rumah yang mahal. Kos sara hidup yang meningkat mengurangkan lagi kemampuan golongan ini untuk membeli rumah.

Pada masa yang sama golongan berpendapatan tinggi di Malaysia semakin kaya. Permintaan terhadap hartanah bernilai lebih RM1 juta begitu hebat sehinggakan hanya 8% daripada hartanah tersebut yang tidak terjual. Setiap minggu, ada sahaja pelancaran projek perumahan yang baru.

Hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang seperti Harrods, W Hotel, St Regis dan Banyan Tree akan membuka cawangannya di Malaysia. Jualan kereta berjenama seperti BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Mini Cooper, Audi dan Land Rover mencatatkan rekod jualan tahunan.

Syarikat penerbangan antarabangsa seperti Air France, Lufthansa, British Airways dan Turkis Airlines berlumba-lumba menyediakan penerbangan terus ke negara masing-masing berikutan wujudnya pasaran. Restoran-restoran mewah sudah tumbuh ibarat cendawan lepas hujan. Kesemua ini tidak akan berlaku jika tidak ada permintaan yang tinggi.

Sudah tiba masanya masalah jurang pendapatan ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

Adakah Malaysia satu-satunya negara yang mengalami keadaan ini? Tidak. Amerika Syarikat mempunyai 46 juta orang miskin. Di negara-negara maju di eropah juga golongan atasan 7% memiliki 60% daripada kekayaan negara. Malaysia mungkin tidak seteruk itu tetapi tanda-tanda ke arah itu sudah mula kelihatan.

Di atas kertas, angka-angka petunjuk ekonomi sememangnya menakjubkan. Persoalannya adakah ini pertumbuhan yang berkualiti di mana pengagihan kekayaan dilakukan secara menyeluruh atau pertumbuhan yang mengikut kehendak pasaran semata-mata?

Pasaran- sebagaimana yang diketahui tidak mengambil kira kesejahteraan orang ramai. Melainkan kerajaan campur tangan di dalam pasaran.

MatRodi

(Beberapa fakta diambil daripada ucapan Raja Nazrin baru-baru ini serta tulisan Dato A Kadir Jasin di Malaysian Business bulan lepas)

Advertisements
Tagged , , , ,

4 thoughts on “Jurang Pendapatan di Malaysia

  1. Man says:

    great analysis…
    but nothing new bro…

    keep writing.

  2. Pwincess says:

    Interesting. Some of the facts can be found in an excellent new book written by a Sciences Po graduate, Dr. Muhammed Abdul Khalid entitled “The Colour of Inequality”. In fact, Dato’ Kadir Jasin wrote about that book in his blog and also a commentary on the book itself. A must read by every Malaysians especially those in Pemandu, EPU etc. Tell these people to simply stop number-crunching to make them look good la, they think even if indeks Bursa Malaysia capai 2000 mata dan harga kangkung kekal rendah, rakyat akan buat kenduri ke? Siapa mampu beli rumah sekarang? That’s for a start. They need to translate those impressive numbers into the rakyat’s daily lives and living cost rather than kept on harping “high-income economy” tagline. I strongly believed that the Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) should translate Dr. Muhammed’s book into BM, bagus untuk orang Malaysia terutama orang-orang Melayu. Asyik baca Harian Metro dan Kosmo je, bila nak pandai?

    Love,
    Pwincess.

  3. mat bonk says:

    Salam Mat,
    Kajian yg perlu dilakukan gak ia lah pemilikan kereta pd golongan Melayu. Saya rasa pemilikan kekayaan tidak berkembang akibat misplaced perception if wealth amongst melayus. Melayu concentrate kat kereta. Cina prioritise kat education n hartanah.

    Mat Bonk

    • mat bonk says:

      Nasi tambah….

      Bila melayu prioritise kat kereta, bkn sahaja kehilangan kekayaan kat depreciation, tp net result dr pembelian tersebut jatuh pada supply chain downliners.

      Sapa own kilang spare parts?
      Bila tak larat nk pg kedai authorise dealer utk service, mana pegi? Sapa punye workshop?
      Ade nampak kedai tayar melayu?

      Net result, sapa dok tadah tabong yg melayu dok pegi beli byk kereta?

      Mat Bonk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: