Monthly Archives: December 2014

SARING SEBELUM MERENG

10177273_315120488695858_7056081073010886688_n

Semenjak saya menulis di sini pada Mac 2013 sehinggalah ke Disember 2014, sudah 47 artikel yang ditulis. Ini tidak dicampur lagi dengan artikel-artikel yang disiarkan di portal mStar, akhbar The Star, FB MatRodi serta tulisan yang tidak pernah disiarkan.

Dubook Press- sebuah syarikat penerbitan buku cool telah menyuarakan hasrat untuk membukukan artikel-artikel saya. Oleh itu terhasillah buku РSaring Sebelum Mereng.

Secara jujurnya saya tidak menganggap ini sebagai ‘buku sulung’ saya tetapi lebih kepada koleksi artikel.

Apapun, ini adalah satu seruan demokratik yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.

Ada 37 artikel kesemuanya dan pelbagai isu dikupas, Antaranya adalah isu hutang negara, defisit belanjawan, polisi BR1M, cukai GST, jurang kekayaan, krisis air Selangor, pasukan bola sepak JDT, urus niagra Panda, Malaysia Airlines, KLIA2 dan bermacam lagi.

Buku ini bakal berada di rak-rak kedai buku utama di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini. Pembelian online juga boleh dibuat di DubookPress pada bulan Januari 2015.

Buku ini sudah pun dilancarkan dua hari yang lepas sempena Pesta Buku 1Malaysia di Malaysia. Pembaca MatRodi yang mahu mendapatkan buku ini bolehlah ke PWTC sehingga 14 Disember ini. Harga senaskah adalah RM20.

10429485_10152541236966149_423976097927077104_n

Selamat Membaca!

MatRodi

Advertisements
Tagged , , ,