RUGI TAPI UNTUNG, UNTUNG TAPI RUGI

Ini adalah berkenaan dengan Laporan Kewangan Petronas bagi tahun 2014.

IG009

Petronas untung RM47.6 billion pada tahun lepas. Tetapi untung ini kurang 27% berbanding RM65.6 billion pada 2013.

Ini kerana pada suku keempat 2014, Petronas telah kerugian RM7.3 billion.

Apakah penjelasan terbaik untuk menerangkan kerugian ini?

Kerugian ini adalah bersifat ‘teknikal’ yang biasa dilakukan di dalam jurnal akaun syarikat.

Apakah yang dilakukan? Ianya dipanggil ‘asset impairment’.

Sedikit penjelasan: Ini adalah keadaan di mana jangkaan pendapatan di masa hadapan adalah lebih rendah berbanding dengan nilai aset pada masa sekarang.

Analoginya seperti rumah yang dibeli di kawasan MRT pada harga RM1 juta. Rumah ini dijangka akan bernilai RM2 juta lagi 5 tahun. Tetapi, tiba-tiba MRT tidak jadi dibina di situ.

Oleh itu, nilai rumah tersebut akan berkurangan tidak seperti yang dijangkakan. Kejatuhan nilai asal kepada nilai yang baru inilah dipanggil sebagai ‘asset impairment’.

Dalam menyediakan laporan kewangan, perkara ini perlu dimasukkan. Ini standard.

Berbalik kepada Petronas.

Seperti yang diketahui, perkara yang tidak dijangka berlaku kepada Petronas adalah kejatuhan harga minyak sebanyak 50%.

Mengambil kira situasi ini, Petronas telah melakukan ‘asset impairment’ berkenaan dengan aset dan aliran tunainya di masa akan datang.

Jadi berapakah kerugian atau susut nilai Petronas? Jawapannya adalah RM22.8 billion.

Kesusutan nilai inilah yang mengakibatkan Petronas mengalami kerugian RM7.3 billion pada suku keempat 2014- iaitu kerugian pertama sejak Petronas melaporkan laporan kewangan mengikut suku tahunan lima tahun lepas.

Tetapi secara keseluruhan tahun 2014, Petronas masih lagi untung. Cuma tidak sebanyak dahulu.

Adakah keuntungan yang kurang ini begitu menjejaskan pendapatan kerajaan?

Sudah pasti. Bagaimanapun jumlahnya tidaklah sebesar kerugian Petronas.

Pada tahun 2014, Petronas meyumbang kepada kerajaan sebanyak RM68 billion. Ini termasuklah dividen, cukai dan royalti.

Jumlah ini RM5.3 billion kurang berbanding tahun sebelumnya.

Adakah Petronas satu-satunya syarikat minyak yang kerugian?

Tidak. Hampir kebanyakan syarikat minyak mengalami susut nilai pada suku keempat 2014.

Shell kurang pendapatan sebanyak 57%. ExxonMobil 18% dan BP 25%.

Ini sahaja menunjukkan betapa getir industri ini pada masa sekarang.

Petronas akan tetap untung hanya apabila harga minyak setong melebihi USD55.

Tetapi jika keadaan sebaliknya yang berlaku, kita perlu bersedia kerana Petronas bukan sahaja melibatkan dividen kepada kerajaan, sebaliknya industri dan sektor hiliran yang bergantung kepada mereka.

MatRodi

IG: @matrodi,my
Blog: www.matrodi.my

Twitter: @matrodi_MY

Untuk kupasan perkara-perkara lain, boleh dapatkan buku saya ‘Saring Sebelum Mereng’ di

http://dubookpress.com/produk/saring-sebelum-mereng/

 

Terima Kasih.

Advertisements
Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: