Category Archives: Politics

FELDA 100 HARI

Felda 100 Hari 2-01

Apabila Felda mempunyai pengerusi baru pada 6 Januari awal tahun ini, ramai yang merasakan jawatan tersebut sewajarnya diberikan kepada seorang professional ataupun teknokrat.

Saya juga tidak terkecuali berpendapat sedemikian walaupun Tan Sri Shahrir Abdul Samad adalah seorang kenalan dan rakan.

Saya akui analisa dan ulasan ini mungkin akan dianggap sedikit bias.

Walaupun begitu, menjadi seorang rakan yang mengikuti perjalanan beliau sepanjang di Felda memberikan satu perspektif lain dalam menganalisa Felda.

Kemungkinan, terdapat juga beberapa perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Akan tetapi saya cuba memberi penilaian seobjektif yang mungkin.

Secara amnya, Felda mempunyai 4 isu utama yang memerlukan perhatian segera.

  1. Isu pertama adalah pelaburan ke dalam PT Eagle High.
  2. Isu kedua adalah isu kelangsungan modal.
  3. Isu ketiga adalah struktur tadbir urus dan governans.
  4. Dan isu keempat adalah perumahan.

Dalam isu pelaburan Felda ke dalam PT Eagle High, antara kritikan terbesar adalah jumlah pembayaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Ramai yang mempersoalkan kewajaran Felda membayar pada harga tersebut tetapi tidak memiliki ‘controlling stake’.

Walaupun Felda membayar pada harga 30% lebih murah berbanding harga asal yang ditawarkan kepada FGV dan penilaian harga ini berdasarkan nilai ‘enterprise’ per hektar yang lebih tepat, apa yang lebih mustahak adalah apakah yang dirundingkan oleh pengerusi baru untuk menjadikan pelaburan tersebut lebih menguntungkan.

Antara perkara yang dirundingkan adalah pembayaran dividen selepas 6 bulan dari tarikh penbelian daripada Rajawali.

Hal ini berdasarkan prestasi hebat kumpulan Rajawali. Oleh itu, ia permintaan yang adil. Dan sedikit sebanyak ia boleh mengubah persepsi pengkritik.

Terdapat juga beberapa klausa yang memagari (ring-fenced) pelaburan Felda yang mana sekiranya beberapa syarat tidak dipenuhi, Felda akan mendapat sesuatu. Ini secara langsung mengurangkan lagi risiko pelaburan Felda.

Yang jelas, pelaburan ini adalah pelaburan yang strategik kerana ia bukannya berkaitan hasil ladang kelapa sawit semata-mata bahkan ia melangkaui kepada pendapatan berterusan Felda.

Nantikan pengumuman perkara ini tidak berapa lagi.

Felda Slide-01

Dalam isu kedua, kekurangan pendapatan Felda berlaku bukanlah akibat salah laku dan urus tadbir semata-mata.

Punca utama adalah apabila Felda ‘melepaskan’ sumber pendapatan utama mereka kepada FGV.

Pada masa yang sama tuntutan perbelanjaan sosial Felda saban tahun makin meningkat.

Lebih 70% perbelanjaan digunakan untuk perkara-perkara yang bukanlah bersifat komersil seperti pemberian subsidi, fasiliti pinjaman, bantuan hidup, infrastruktur dan banyak lagi.

Akibatnya, Felda mengalami defisit sebanyak RM700 juta ke RM1.1 billion setiap tahun.

Felda Slide-02

Jika ahli perniagaan memegang Felda, kemungkinan besar beliau akan terus melaksanakan langkah pemotongan perbelanjaan kerana itulah syarat untuk membaik pulih sesebuah syarikat yang tenat.

Tetapi bolehkah Felda atau khususnya peneroka Felda menerima perkara sedemikian?

Jangan lupa, Felda mempunyai hubung kait rapat dengan keadaan politik di negara dan sudah pasti kepada parti pemerintah.

Hakikat bahawa parti politik lawan juga menjadikan Felda sebagai isu nasional juga menjelaskan dividen politik dalam memenangi hati peneroka Felda.

Mereka yang naif atau terlalu obses dengan nombor sudah pasti akan mengambil langkah memotong perbelanjaan kerana ia adalah langkah yang tepat.

Penganalisis akan gembira, peneroka mungkin berduka.

Tetapi seorang ahli politik lebih celik akan hal ini dan beliau akan mencari jalan yang mungkin kurang digemari untuk penganalisis, tetapi langkah tersebut adalah mesra pengundi (baca: peneroka).

(Sekadar perbandingan, kita boleh rujuk kisah ‘turn around’ Malaysia Airlines yang memberhentikan 6,000 pekerja.)

Oleh itu, Pengerusi Felda membuat keputusan untuk menjual hartanah di luar negara walaupun ada sesetengah hartanah memberikan pulangan yang agak bagus.

Langkah ini samalah seperti menjual sedikit pegangan Felda dalam Maybank.

Adakah penganalisis dan pasaran mengkritik langkah ini? Ya.

Adakah peneroka dan staff Felda terkesan dengan urus niaga tersebut? Tidak.

Namun begitu, langkah ini masih bersifat sementara dan tidak menyelesaikan isu asas iaitu pendapatan berterusan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Felda sedang melakukan satu urusan (corporate maneuver) untuk kembali ke bidang perniagaan yang mereka terbukti kepakarannya iaitu- perladangan.

Lebih 1,000 hektar tanah kelapa sawit akan diperolehi dan sama ada ia adalah kawasan dalam negara atau luar Negara sama-samalah kita nantikan.

Secara tuntasnya, ia memberikan Felda sumber pendapatan yang berterusan.

Dalam isu ketiga iaitu tadbir urus dan governans, kita akui ia adalah perkara yang menyebabkan persepsi buruk terhadap Felda.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila ramai yang gagal membezakan Felda dan FGV meskipun kedua-duanya adalah entiti yang berbeza.

Apa yang menjadi kerugian FGV, disalahkan kepada Felda. Apa yang menyebabkan kerugian Felda, menjadikan harga saham FGV jatuh.

Langkah mempunyai dua individu yang berbeza menjadi pengerusi Felda dan FGV adalah langkah yang sedikit sebanyak boleh membetulkan persepsi tersebut.

Tetapi masih tidak cukup.

Masih terdapat beberapa masalah governans utama yang membelengu Felda.

Antaranya adalah struktur ‘check and balance’ di antara HQ, Rancangan, Wilayah dan Peneroka.

Bagaimana aduan dari peneroka akan benar-benar sampai ke HQ? Adakah arahan HQ akan dijalankan oleh Wilayah?

Bagi memperbaiki perkara ini, sebuah unit naziran ditubuhkan khas bagi melihat, membantu dan memantau segala isu berkaitan peneroka khususnya pengurusan kebun/ladang.

Kini peneroka boleh terus melaporkan kepada nazir yang dilantik tanpa perlu melalui proses saluran rasmi yang mungkin mengambil masa terlalu lama.

Unit naziran akan bertindak dalam masa kurang 48 jam kerana dunia hari ini bersifat segera. Musibah hari esok sudah menjadi berita pada hari ini.

Secara tidak langsung, unit ini berupaya menjadi ‘check and balance’ kepada peneroka dan juga Felda.

Seterusnya, langkah menerapkan tadbir urus yang bagus kepada Felda Investment Corporation (FIC) bermula dengan arahan Pengerusi Felda baru kepada ahli lembaga pengarah FIC supaya meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama siasatan dan tangkapan SPRM kepada bekas pengarah besar dan beberapa pegawai kanan Felda dan FIC tidak diganggu malah diberikan kerjasama penuh.

Tidak lama lagi, FIC akan mempunyai ahli lembaga pengarah yang baru.

Dalam memastikan FIC menjadi sebuah unit pelaburan yang professional dan diyakini pasaran, tidak ada seorang pun ahli politik yang dilantik menjadi ahli lembaga pengarah FIC.

Bahkan Pengerusi Felda sendiri tidak akan menjadi pengerusi FIC demi amalan tadbir urus dan struktur governans yang bagus.

Ahli-ahli lembaga pengarah dipilih merangkumi pelbagai bidang seperti akauntan bertauliah, peguam, pakar pelaburan, pemain hartanah dan perbankan.

Lebih mengujakan adalah ahli lembaga pengarah termuda berumur lingkungan awal 40-an. Ini suatu perkara yang sihat.

Felda Slide-03

Bolehkah kita membayangkan jika seorang professional yang dilantik mejadi pengerusi agensi kerajaan kemudiannya memecat ahli politik yang ada di situ dan kemudiannya tidak memilih seorang pun ahli politik dari parti yang asalnya meletakkan beliau menjadi pengerusi?

Ini sedikit sebanyak menjelaskan mengapa Felda berlainan dan hanya ahli politik berpengalaman sahaja mempunyai ‘political will’.

Isu terakhir adalah perumahan.

Perumahan adalah tanggungjawab semua. Ia bukanlah isu Felda semata-mata, bahkan sudah menjadi isu nasional.

Disebabkan itu, adalah penting bagi semua pihak, dari kerajaan negeri sehinggalah ke agensi kerajaan untuk sama-sama menyelesaikan isu ini.

Felda juga tidak boleh menjadi bodoh sombong dengan mengekalkan cara lama iaitu dengan membina ribuan unit rumah pada harga subsidi. Ia memerlukan inisiatif baru yang lebih jimat dan effisien.

Untuk itu, Felda telah berunding dengan agensi kerajaan seperti SPNB, bertemu menteri-menteri besar kerajaan negeri dan bercakap dengan pihak berkuasa negeri dalam memperkenalkan sebuah inisiatif perumahan baru.

Inisiatif ini melibatkan pemberian tanah oleh kerajaan negeri (dan juga tanah milik Felda) yang mana pihak berkuasa negeri akan membantu dan mempercepatkan urusan pertukaran status, pecah lot dan hal-hal melibatkan kelulusan.

Peneroka akan menerima lot tanah dan mereka akan diberikan pinjaman dan bantuan kewangan dari agensi kerajaan seperti SPNB untuk membina rumah mengikut spesifikasi dan bajet yang ditetapkan.

Felda pula akan membina kemudahan asas seperti jalan raya, api air dan infrastruktur kegunaan awam.

Inisiatif ini bukan sahaja lebih berhemah dari sudut kewangan tetapi menunjukkan kepada umum bahawa Felda adalah tanggungjawab bersama.

Felda Slide-04

Projek sulung bagi inisiatif ini telah pun dilancarkan pada hujung Februari lepas di Keratong 5, Pahang dan lebih banyak lagi projek perumahan bakal menyusul.

*
Melantik seorang professional atau teknokrat sememangnya bagus. Perkara ini ada meritnya kerana golongan ini dianggap bebas dari pengaruh politik dalam membuat keputusan.

Maka, sudah pastilah ia perkara yang bagus kerana bagi sesebuah organisasi yang mempunyai begitu banyak dana, kontrak dan tender, keputusan sesuatu perkara tidak boleh dibuat mengikut kepentingan politik pengerusi.

Namun, sebagaimana yang kita tahu melalui tangkapan SPRM ke atas pengerusi, CEO dan pegawai kanan syarikat, agensi kerajaan, bank serta kementerian, sebilangan golongan professional dan teknokrat juga mempunyai sikap dan perangai yang sama dengan sesetengah ahli politik iaitu mereka juga ada kepentingan peribadi yang tidak baik.

Oleh itu, kemungkinan pandangan popular ini perlu diberikan pemikiran semula ataupun tidak boleh dijadikan sebagai ‘general rule’ apabila kita bercakap mengenai lantikan ahli politik kepada mana-mana GLC.

Namun, dalam kes Felda ia sedikit berlainan dan ada meritnya mempunyai ahli politik berpengalaman sebagai pengerusi.

Felda bukanlah sebuah entiti perniagaan seperti GLC sebaliknya ia adalah sebuah agensi Persekutuan yang amat berkait rapat dengan sosio politik negara dan kelangsungan ekonomi bagi kaum majoriti di Malaysia.

Jatuh bangun Felda memberi kesan kepada ratusan ribu orang Melayu- baik ekonomi mahupun politik.

Oleh yang demikian, Felda memerlukan seorang pengerusi yang bukan setakat mementingkan ‘book balance’ dan ‘bottom line’ akaun sebaliknya seorang yang peka dan sensitif mengenai aspek kebajikan peneroka, politik parti pemerintah, sentiment masyarakat dan ‘strike the right balance’ di antara semua pihak berkepentingan.

Lebih penting, pengerusi itu haruslah berkebolehan ‘pull some strings’ dari pihak-pihak berkepentingan tersebut.

Saya berpendapat (walaupun mungkin ramai yang kurang setuju), kebanyakan ciri-ciri ini ada pada kebanyakan ahli politik yang berpengalaman.

Kita semua tahu ahli politik adalah seorang yang tidak akan memikirkan untung rugi semata-mata.

Mereka juga akan menjaga sentimen nasional, kepentingan kawasan mereka, sokongan di peti undi beliau dan juga agenda tertentu yang mereka perjuangkan.

Tidak kiralah ahli politik parti mana tetapi secara amnya, itulah karakter mereka.

Saya tidak pasti bagaimana prestasi ahli politik yang menjadi pengerusi di organisasi yang lain tetapi untuk Felda, inilah analisa saya sepanjang 100 hari agensi persekutuan ini menerima pengerusi baru.

Mat Rodi

(Penulis merupakan CEO Hartabumi dan di masa lapang memberikan input berkenaan polisi dan bisnes kepada syarikat ride-sharing app, syarikat penerbangan, agensi kerajaan dan ahli-ahli parlimen.

Beliau juga merupakan penulis buku ‘Saring Sebelum Mereng’, ‘TPPA Harimau’ dan penulis bersama bagi buku “Chedet: Apa Habaq Orang Muda?’ dengan YABhg Tun Dr Mahathir.)

Advertisements

PROTON: A Note To The Cabinet Members

IG052

PROTON: A NOTE TO THE CABINET MEMBERS

1-   Within 24 hours after the resignation of Tun Dr Mahathir as Proton’s Chairman, the Ministry of International Trade and Industry produced a damning assessment on Proton.

2-   It would probably be the first time in Malaysia’s history we see a senior minister giving an unfavorable feedback on a private-owned company, especially when the company is not on a collision course with the concerned minister.

3-   Nevertheless, it is mind-boggling to see at least 6 cabinet ministers being used by certain leaders for the purpose of trying to shame Proton. 

4-   According to the statement, the Government cannot continuously protect the national car maker; hence Proton needs to “graduate from protection”. Malaysia, in fact, should learn from South Korea and Japan. 

5-   In 2009, the United States of America injected USD150 billion in order to save General Motors from bankruptcy. Of course, this is not considered as protectionism and no case study should be made why the world biggest capitalist decided to take such decision.

6-   In 2014, Australia’s car industry was practically dead when the Government did nothing to save the industry. The planned exit by Toyota, Ford and Holden from the country will trigger a net loss of 200,000 jobs, with about USD29 billion wiped out from Australia’s GDP. Again, no case study has been made.

7-   A year ago, Khazanah took Malaysia Airlines private by injecting RM6 billion of public funds. It is indeed a bold and courageous move- as an introduction of the Proton 30 years ago.

8-   While Proton is bleeding by the millions of Ringgit for the past few years, it never had to resort to what MAS did where 6,000 workers being told they have to be sacrificed in order to save the national airline. It’s like telling a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species.

9-   Maybe because of the failure to take such drastic measures that the minister believes Proton is being managed unprofessionally and led by incompetent team.

10- The airlines industry is never a core industry in Malaysia. The automotive sector is. The industry employs more than 550,000 people and contributes nearly RM30 Billion to a country’s GDP to date. It is because of that, the previous Government has directly and indirectly assisted Proton to the tune of RM13.9 billion since its inception.

11- However, the incentives given have not been wasted. Hopefully, this note will tell the person who made use of you to acknowledge all these facts.

12- First, Proton has fully paid off its RM800 million loans received from the Government by using internal resources.

13- Second, Proton has sold more than 4 million cars. It means that they have been taxed by the Government. Since its founding, Proton has paid approximately RM24 billion in taxes.

14- Third, by having Malaysians buy national cars instead of imported ones, the capital outflow prevented by Proton is estimated to be around RM 120 billion if we take RM30,000 as an average price per car. This money is being circulated within our economy.

15- Monetarily, Proton is a good investment for the economy.

16- How about Proton’s contribution through job creation and transfer of technology? More than 77,000 people are employed directly by Proton. Additionally, there are 400 vendors supplying to the national carmaker. Proton is the most active company in the country when it comes to Research and Development. Today, they have registered almost 2,800 of Intellectual Property Rights (IPR).

17- The minister himself admitted that when he said a number of Proton vendors have approached him. Instead of fixing what really caused Proton’s market shares to dwindle, the ministry gave soft loans to alleviate vendors’ burden. This, however, does not solve Proton’s problem.

18- How about the unfair competition in the market where foreign cars get exemptions when they do not conform to our specifications? How about the definition of national car where foreign car makers can only have 40% local content to benefit from the tax-free status of national cars? How about the decision made by the Government to allow almost unlimited import of foreign cars from countries which are the same countries that made it bureaucratically difficult for our cars to enter their market?

19- All these policies have reduced foreign car makers cost which give them advantage over proton. Is this fair? Where is the solution?

20- The only solution that the Minister had for all these problems is to ask Proton to get a strategic foreign partner. To them, the locals are deemed unfit, unprofessional and incompetent. Therefore, we must sell our controlling stakes in Proton to foreign marques.

21- Perodua runs by a different model. Although its financial performance should be commended, none of the cars are 100% built by them. Proton, on the other hand has several cars that are 100% built by Malaysians. When Proton Saga was introduced in 1985, it has 19% locally made components. 15 years later, Proton Waja was built using almost entirely by locals.

22- Every country will protect their national car even in developed countries. In South Korea, all foreign cars must be conducted under Korean testing standards which usually come at a very high cost.  In Japan, they carve out the profitable and high volume market in minicars below 660cc. In Japan’s unique driving environment, it is very unlikely that a foreign company would want to build such car. In China, all foreign car makers have to partner with a state-owned company because nothing happens without the approval of the government.

23- Here in Malaysia, protectionism is deemed a negative thing.

24- It is strange that when an unsustainable business model like 1MDB posted a net loss of RM665.36 million for the year ended March 31, 2014, and having a serious cash-flow issues, the cabinet members decided to give almost RM1 billion standby credit facility.

25- But when Proton requests for assistance to reimburse its R&D cost and soft loans, some ministers ridicule and humiliate it. It is very strange, indeed.

Mat Rodi

(VERSI BAHASA MELAYU)

PROTON: NOTA KEPADA MENTERI KABINET

  1. Kurang daripada 24 jam selepas perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengeluarkan kenyataan terhadap model perniagaan Proton.
  1. Kemungkinan ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana seorang menteri kabinet memberikan kenyataan yang begitu kritikal berkenaan dengan sebuah syarikat swasta.
  1. Berikutan itu, tidak kurang 6 menteri kabinet yang lain turut memberikan pandangan yang sama.
  1. Menurut kenyataan menteri tersebut, industri automotif tidak seharusnya dilindungi dan Proton juga perlu belajar untuk berdikari. Jika Korea Selatan dan Jepun boleh, mengapa tidak Malaysia?
  1. Pada 2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan dana awam sebanyak USD150 billion untuk menyelamatkan General Motors daripada muflis. Sudah pastilah tindakan tersebut tidak akan dianggap sebagai ‘perlindungan’ dan tiada kajian yang dibuat untuk memahami mengapa tindakan sedemikian dilakukan oleh sebuah negara yang begitu terkenal dengan konsep ‘pasaran terbuka’.
  1. Pada 2014, industri automotif Australia telah pun terkubur berikutan keputusan penutupan kilang kereta Toyota, Holden dan Ford pada 2017. Dianggarkan lebih 200 ribu pekerja akan hilang pekerjaan dan lebih USD29 billion akan hilang daripada KDNK Australia. Sekali lagi, tiada kajian yang dibuat.
  1. Pada tahun lepas, 2015, Malaysia Airlines telah disuntik RM6 billion dana awam dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan nasional. Tindakan ini adalah suatu tindakan yang berani sebagaimana pengenalan Proton pada 30 tahun yang lepas.
  1. Walalupun Proton kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun yang lepas, tetapi Proton tidak pernah melakukan ‘strategi MAS’ di mana 6,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan dalam usaha menyelamatkan syarikat tersebut.
  1. Kemungkinan disebabkan itu, maka Proton dianggap oleh menteri-menteri kabinet sebagai tidak professional dan diketuai oleh barisan pengurusan yang tidak cekap.
  1. Industri penerbangan bukanlah penggerak ekonomi utama di Malaysia berbanding dengan industri automotif. Industri ini menggaji lebih 550,000 pekerja dan menyumbang hampir RM30 billion kepada KDNK negara. Atas sebab inilah kerajaan terdahulu memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai RM 13.9 billion.
  1. Walaubagaimanapun, insentif dan bantuan yang diberikan tidak hilang begitu sahaja.
  1. Pertama, Proton telah pun membayar balik pinjaman RM800 juta dari kerajaan.
  1. Kedua, Proton telah menjual 4 juta kereta dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Sejak penubuhannya, Proton telah membayar cukai sebanyak RM24 billion kepada kerajaan.
  1. Ketiga, melalui pembelian kereta nasional, aliran wang keluar berjaya dikurangkan. Jika diambil harga purata sebuah kereta adalah RM30,000, ia bermakna sejumlah RM120 billion aliran wang yang kekal mengalir dalam pasaran ekonomi tempatan. Jumlah ini- jika dibiarkan mengalir keluar melalui pembelian kereta asing, pasti akan memberi kesan kepada defisit kerajaan.
  1. Sudah jelas dari sudut wang ringgit, pelaburan yang dibuat oleh kerajaan adalah amat berbaloi.
  1. Bagaimana pula halnya dengan sumbangan Proton dari aspek lain? Untuk rekod, lebih 77,000 jumlah pekerjaan yang diwjudkan melalui Proton. Tambahan dari itu, terdapat 400 vendor yang bergantung kepada Proton. Hari ini, Proton merupakan syarikat tempatan yang paling aktif dalam mendaftarkan hak cipta dengan 2,800 IPR (Intellectual Property Rights).
  1. Dalam kenyataan menteri tersebut, beliau mengakui terdapat sebilangan vendor yang memerlukan pertolongan. Namun, di sebalik cuba membantu memulihkan Proton, kementeriannya telah memberikan pinjaman mudah bagi meringankan beban. Sungguhpun ia tindakan yang terpuji, tetapi ia masih tidak menangani isu sebenar.
  1. Bagaimana pula dengan persaingan yang tidak adil di mana kenderaan luar boleh memperolehi pengecualian jika tidak menepati piawaian negara? Bagaimana pula dengan definisi mudah ‘kereta nasional’ yang hanya memerlukan 40% komponen tempatan bagi membolehkan kenderaan luar menikmati status bebas cukai kereta nasional? Bagaiman pula halnya dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan kenderaan luar masuk ke dalam negara sedangkan negara tersebut mengenakan syarat yang ketat kepada Proton?
  1. Kesemua ini tidak diendahkan. Sebaliknya, kementerian beliau tetap mencadangkan agar Proton mempunyai rakan strategik asing. Nampaknya kemampuan tempatan masih belum mencukupi. Oleh itu Proton haruslah menjual pegangan majority kepada syarikat luar.
  1. Bagaimana pula dengan Perodua? Perodua adalah model yang lain. Prestasi kewangannya membanggakan tetapi tidak ada model Perodua yang dihasilkan 100% oleh warga tempatan. Sebaliknya Proton mempunyai beberapa model yang dibina 100% daripada lakaran sehinggalah ke jalanan.
  1. Setiap negara yang mempunyai kenderaan nasional pasti akan melindungi pasarannya. Ini termasuklah di negara maju. Di Korea Selatan, setiap kenderaan asing perlu menjalani ujian mengikut piawaian mereka yang biasanya menelan kos yang tinggi. Di Jepun, mereka telah mengasingkan pasaran kereta bawah 660cc hanya untuk kenderaan mereka sahaja. Ini adalah pasaran yang lumayan. Di China, setiap pengeluar kenderaan asing perlu menjalin usaha sama dengan GLC mereka. Ini adalah apa yang berlaku.
  1. Sebaliknya di Malaysia, perlindungan dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan jijik.
  1. Adalah amat menghairankan apabila sebuah model perniagaan yang tidak ‘mapan’ seperti 1MDB yang telah kerugian RM665.36 juta pada 2013 dan menghadapi masalah aliran tunai yang serius, barisan kabinet memberikan bantuan kredit sebanyak RM950 juta.
  1. Tetapi apabila sebuah syarikat kereta nasional membuat permohonan menuntut dana R&D dan pinjaman mudah, terdapat menteri kabinet yang memperlekehkan syarikat ini.

MatRodi

Tagged , , , , ,

SOALAN KEPADA TUKANG JAWAB

Dalam cubaan membela PM Najib Razak, YB Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa wang derma USD700 juta telah masuk ke akaun peribadi Presiden parti.

Maknanya, ini bukannya akaun parti yang dibuka dan didaftarkan di atas nama tiga pemegang amanah sebagaimana amalan parti dahulunya.

Sebaliknya- ini adalah akaun peribadi.

Menerima derma sebanyak itu dan dimasukkan ke akaun parti politik tidak ada salahnya. Parti boleh menerima 2.6 billion mahupun 260 billion wang derma. Malah bukan isunya. Hatta NGO yang kononnya ‘Bersih’ juga diberikan ‘derma’ dari pihak luar untuk kegiatan mereka.

Tetapi menerima derma sejumlah wang tersebut dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden boleh menimbulkan persoalan.

Persoalan pertama adalah adakah ahli Majlis Tertinggi telah berbincang dan bersetuju menjadikan akaun peribadi Presiden parti bagi tujuan menerima derma?

Jika sudah berbincang dan sepakat, mengapa terdapat ahli Majlis Tertinggi merangkap Menteri Penerangan ketika itu (Shabery Cheek) berkata “tidak logik PM ambil wang sebanyak itu masuk ke akaun peribadi.”

Bahkan, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkeras “Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat,”

Adakah ini cubaan mereka untuk menggulingkan presiden parti yang dipilih secara demokratik?

Tetapi mereka tidak pula digugurkan daripada jemaah kabinet sebagaimana nasib Timbalan dan Naib Presiden.Tidak juga mereka disoal siasat polis.

Sama ada PM Najib telah melakukan kebebalan yang teramat sangat ataupun tidak tidaklah penting.

Persoalannya yang kedua adalah, jika perkara ini tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, siapa pula yang memberikan kebenaran untuk menjadikan akaun peribadi beliau sebagai akaun amanah?

Tidak logik Presiden melantik diri sendiri tanpa berbincang. Perlembagaan UMNO juga tidak mempunyai peruntukan tersebut.

Persoalan ketiga- jika ahli MT UMNO tidak tahu mengenai wang derma ini dan sememangnya derma tersebut digunakan untuk tujuan politik, tujuan politik siapa?

Politik parti ataupun politik Presiden parti?

Jika politik parti, masakan ahli MT UMNO tidak tahu?

Jika politik presiden parti, tidakkah ini bermakna beliau telah menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi?

Ini bercanggah dengan kenyataan beliau yang menafikan penggunaan sebarang wang bagi keuntungan peribadi. Sesungguhnya memenangi pilihanraya akan mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini adalah keuntungan bagi dirinya.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional serta barisan menteri yang baru dilantik boleh berkata apa sahaja mengenai derma politik. Mereka boleh berkata seperti adalah lebih selamat wang derma masuk ke akaun peribadi PM dan parti memerlukan lebih banyak wang.

Tetapi ini bukanlah kebenaran sebaliknya skrip/jawapan yang dibuat ‘after thought’.

Hakikat perkara ini baru disebut berminggu-minggu selepas pendedahan awal dibuat membuktikan mereka juga seperti kita semua yang tidak tahu apa-apa.

Isu mengapa wang derma ke akaun peribadi presiden penting bukan kerana kita tidak mahu wang derma bagi perjuangan parti. Ramai yang faham keperluan dana yang banyak untuk kerja-kerja politik.

Sebaliknya, kita tidak mahu ‘rasuah jadi budaya, amanah dikhianati dan parti membisu hanya untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin’ – sebagaimana yang disebut oleh MB Johor.

Mat Rodi

ps: Persoalan terakhir adalah, kalau akaun peribadi PM dikatakan sebagai akaun amanah parti, bagaimana pula wang derma yang masuk ke akaun peribadi isterinya?

Itu amanah untuk apa/siapa?

Tagged , , , , ,