Category Archives: Politics

RUGI TAPI UNTUNG, UNTUNG TAPI RUGI

Ini adalah berkenaan dengan Laporan Kewangan Petronas bagi tahun 2014.

IG009

Petronas untung RM47.6 billion pada tahun lepas. Tetapi untung ini kurang 27% berbanding RM65.6 billion pada 2013.

Ini kerana pada suku keempat 2014, Petronas telah kerugian RM7.3 billion.

Apakah penjelasan terbaik untuk menerangkan kerugian ini?

Kerugian ini adalah bersifat ‘teknikal’ yang biasa dilakukan di dalam jurnal akaun syarikat.

Apakah yang dilakukan? Ianya dipanggil ‘asset impairment’.

Sedikit penjelasan: Ini adalah keadaan di mana jangkaan pendapatan di masa hadapan adalah lebih rendah berbanding dengan nilai aset pada masa sekarang.

Analoginya seperti rumah yang dibeli di kawasan MRT pada harga RM1 juta. Rumah ini dijangka akan bernilai RM2 juta lagi 5 tahun. Tetapi, tiba-tiba MRT tidak jadi dibina di situ.

Oleh itu, nilai rumah tersebut akan berkurangan tidak seperti yang dijangkakan. Kejatuhan nilai asal kepada nilai yang baru inilah dipanggil sebagai ‘asset impairment’.

Dalam menyediakan laporan kewangan, perkara ini perlu dimasukkan. Ini standard.

Berbalik kepada Petronas.

Seperti yang diketahui, perkara yang tidak dijangka berlaku kepada Petronas adalah kejatuhan harga minyak sebanyak 50%.

Mengambil kira situasi ini, Petronas telah melakukan ‘asset impairment’ berkenaan dengan aset dan aliran tunainya di masa akan datang.

Jadi berapakah kerugian atau susut nilai Petronas? Jawapannya adalah RM22.8 billion.

Kesusutan nilai inilah yang mengakibatkan Petronas mengalami kerugian RM7.3 billion pada suku keempat 2014- iaitu kerugian pertama sejak Petronas melaporkan laporan kewangan mengikut suku tahunan lima tahun lepas.

Tetapi secara keseluruhan tahun 2014, Petronas masih lagi untung. Cuma tidak sebanyak dahulu.

Adakah keuntungan yang kurang ini begitu menjejaskan pendapatan kerajaan?

Sudah pasti. Bagaimanapun jumlahnya tidaklah sebesar kerugian Petronas.

Pada tahun 2014, Petronas meyumbang kepada kerajaan sebanyak RM68 billion. Ini termasuklah dividen, cukai dan royalti.

Jumlah ini RM5.3 billion kurang berbanding tahun sebelumnya.

Adakah Petronas satu-satunya syarikat minyak yang kerugian?

Tidak. Hampir kebanyakan syarikat minyak mengalami susut nilai pada suku keempat 2014.

Shell kurang pendapatan sebanyak 57%. ExxonMobil 18% dan BP 25%.

Ini sahaja menunjukkan betapa getir industri ini pada masa sekarang.

Petronas akan tetap untung hanya apabila harga minyak setong melebihi USD55.

Tetapi jika keadaan sebaliknya yang berlaku, kita perlu bersedia kerana Petronas bukan sahaja melibatkan dividen kepada kerajaan, sebaliknya industri dan sektor hiliran yang bergantung kepada mereka.

MatRodi

IG: @matrodi,my
Blog: www.matrodi.my

Twitter: @matrodi_MY

Untuk kupasan perkara-perkara lain, boleh dapatkan buku saya ‘Saring Sebelum Mereng’ di

http://dubookpress.com/produk/saring-sebelum-mereng/

 

Terima Kasih.

Tagged , , , , ,

SARING SEBELUM MERENG

10177273_315120488695858_7056081073010886688_n

Semenjak saya menulis di sini pada Mac 2013 sehinggalah ke Disember 2014, sudah 47 artikel yang ditulis. Ini tidak dicampur lagi dengan artikel-artikel yang disiarkan di portal mStar, akhbar The Star, FB MatRodi serta tulisan yang tidak pernah disiarkan.

Dubook Press- sebuah syarikat penerbitan buku cool telah menyuarakan hasrat untuk membukukan artikel-artikel saya. Oleh itu terhasillah buku – Saring Sebelum Mereng.

Secara jujurnya saya tidak menganggap ini sebagai ‘buku sulung’ saya tetapi lebih kepada koleksi artikel.

Apapun, ini adalah satu seruan demokratik yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.

Ada 37 artikel kesemuanya dan pelbagai isu dikupas, Antaranya adalah isu hutang negara, defisit belanjawan, polisi BR1M, cukai GST, jurang kekayaan, krisis air Selangor, pasukan bola sepak JDT, urus niagra Panda, Malaysia Airlines, KLIA2 dan bermacam lagi.

Buku ini bakal berada di rak-rak kedai buku utama di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini. Pembelian online juga boleh dibuat di DubookPress pada bulan Januari 2015.

Buku ini sudah pun dilancarkan dua hari yang lepas sempena Pesta Buku 1Malaysia di Malaysia. Pembaca MatRodi yang mahu mendapatkan buku ini bolehlah ke PWTC sehingga 14 Disember ini. Harga senaskah adalah RM20.

10429485_10152541236966149_423976097927077104_n

Selamat Membaca!

MatRodi

Tagged , , ,

SURAT TERBUKA KEPADA YB RAFIZI RAMLI

Sebab sekarang ini macam dah trend, asal sahaja ada perkara yang tak puas hati mesti nak tulis surat terbuka, maka MatRodi juga nak tulis surat terbuka. :-p

rafizi

Ke hadapan Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli.

Politik Malaysia bertuah kerana mempunyai seorang ahli politik yang dikatakan bijak pandai, petah berbicara dan otak bergeliga. Tetapi bijak pandai sahaja tidak menjamin seseorang ahi politik itu untuk tidak menjadi bijak auta dan berkata dusta.

YB adalah perancang Kajang Move. Kononnya ia penting untuk misi ke Putrajaya di samping menghalang kejatuhan Selangor daripada gerakan ultra Tun Dr Mahathir.

Tetapi hairannya, selepas 8 bulan, yang saya nampak hanyalah Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Pengerusi Proton, bukannya Pengerusi Perhubungan Negeri BN Selangor.Tidak mungkin kerana pejabat Proton di Selangor maka YB berasa Tun Dr Mahathir cuba merampas Selangor.

Apapun pada forum malam semalam, YB berkata Kajang Move adalah untuk menggantikan TS Khalid kerana beliau disyaki mempunyai masalah integriti. Yang menggelikan hati saya adalah apabila YB berkata ‘what we heard was enough for us to initiate the Kajang Move without enough document on Tan Sr Khalid.’.

Adakah ini bermakna saya boleh mendesak YB daripada menjadi ahli parlimen Pandan walaupun saya tidak ada bukti kukuh tentang ‘cakap-cakap’ liar mengenai skandal YB dengan syarikat konsesi air SPLASH?

YB juga berkata sanggup kalah pilihanraya di Selangor demi prinsip. Bolehkah saya ingin mencadangkan agar YB- atas nama prinsip- lancarkan Segambut Move untuk desak DS Anwar Ibrahim yang buktinya lebih daripada 50 muka surat mengenai salah laku, krisis moral dan integritinya untuk berundur daripada menjadi ahli politik? Boleh? Atau tidak boleh kerana semua itu konspirasi?

Antara isu yang dibangkitkan YB adalah urusan jual beli tanah di antara kerajaan Negeri dengan pemaju Eco World. Ini sangat aneh memandangkan TS Khalid telah membekukan kelulusan pembangunan di 1,172 ekar tanah di Canal City selepas Tropicana menjual 308 ekar  daripada tanah yang dibeli daripada Selangor kepada Eco World untuk ‘easy money’.

Oleh itu, mengapa YB menyalahkan TS Khalid yang cuba mengajar pemaju hartanah tersebut? Bukankah apa yang beliau lakukan itu selari dengan prinsip integriti yang YB canangkan? Atau sebenarnya ada sesetengah ahli politik di belakang pemaju iini?

YB, saya faham yang jarak Selangor lebih dekat dengan Kemaman berbanding Pulau Pinang. Oleh itu mungkin YB telah terlepas pandang mengenai urusan jual beli tanah di bawah harga pasaran yang telah berlaku di Penang Waterfront dan Penang Turf Club oleh IJM Land dan Berjaya Land.

Pada masa yang sama pembinaan terowong bawah laut di Penang yang bernilai RM4.3 Biliion telah dijalankan tanpa tender terbuka dan akan menyebabkan rakyat Penang membayar tol. Bukankah ini bertentangan dengan apa yang YB perjuangkan mengenai pembinaan Kidex?

Mengapa prinsip YB tidak diserlahkan di negeri Penang dengan mendesak Lim Guan Eng berundur sebagai Ketua Menteri?

Bukan sahaja YB sudah kantoi menipu, tetapi YB juga bersikap hipokrit dan double standard. Sesungguhnya saya amat sedih kerana saya melihat YB adalah harapan rakyat Malaysia dan saya begitu kagum dengan prinsip YB.

Akhir kalam saya akhiri dengan serangkap pantun untuk YB:

Orangnya bijak, petah berkata-kata.
Bukan anak Selangor tapi orang Kemaman,
Langkah Kajang semuanya dusta,
Silap hari bulan, YB boleh kena tangan.

MatRodi

Tagged , , , , , , , ,