Tag Archives: Barisan nasional

Apa yang PM patut lakukan?

Mat Rodi memuji cara PM menguruskan ekonomi negara. Sebagai seorang yang berkelulusan ekonomi, PM boleh melihat ratusan billion dana yang mencari pasaran saham yang rancak untuk dana ini dilaburkan, oleh itu beliau lancarkan beberapa IPO mega. PM juga faham salah satu cara pintas untuk menaikkan pendapatan rakyat adalah melalui gaji minimum, dan beliau telah laksanakan. Pendek kata, PM tahu apa yang beliau lakukan.

Namun perkara yang sama tidak berlaku di dalam urusan politik.

PM Najib nampaknya tidak begitu. Beliau terlalu bergantung kepada penasihat-penasihat yang hanya hebat dalam memberi input seperti graf, data, angka serta unjuran. Tetapi dari segi pengalaman? Hampir tiada. Mempunyai penasihat tidak salah. PETRONAS juga mempunyai penasihat, dan lihatlah hasilnya. Masalahnya adalah apabila PM memilih penasihat yang salah.

Sekalipun penasihat memberi nasihat yang salah, nasihat adalah nasihat. Ia bukannya seperti undang-undang yang wajib dilaksanakan. Oleh itu kurang tepat untuk mendesak penasihat PM dipecat. Hari ini penasihat yang salah dipecat, tidak mustahil hari esok penasihat yang dua kali lima juga dilantik. Ini kerana orang yang memilih penasihat yang salah ini adalah orang yang sama-iaitu PM sendiri. Oleh itu ‘the bucks must stop somewhere’.

Hakikatnya PM Najib tidak memiliki keyakinan berpolitik sebagaimana yakinnya beliau menguruskan ekonomi. Beliau tidak yakin untuk memenangi pilihanraya dengan mengukuhkan/’consolidate’ undi kaum bumiputera. Beliau tidak percaya bahawa dengan undi yang ‘solid’ daripada golongan ini, kemenangan 2/3 majoriti boleh dicapai. Bukankah golongan ini yang akhirnya memastikan BN masih terus memerintah?

Disebabkan ketidakpercayaan terhadap sokongan golongan bumiputera, beliau tampak begitu terdesak dalam meraih undi kaum cina. Kalau berlakon memukul gendang di dalam iklan CNY dan juga menjadi hos bagi persembahan artis korea Psy dianggap tidak terdesak, jadi apa yang dikatakan terdesak?

Berbilion ringgit disalurkan kepada kaum Cina. Jumlah biasiswa ditambah, jumlah peruntukan sekolah dilipatgandakan, dana pemudah cara perniagaan diwujudkan dan segala macam pengiktirifan telah diberikan. Hasilnya? Kurang daripada 10% undi daripada mereka.

Sekiranya usaha yang sama dilakukan untuk meraih sokongan kaum bumiputera, berkemungkinan besar lebih 70% undi bumiputera akan ke BN. Dengan mudahnya majoriti 2/3 diperoleh dan negeri majoriti melayu seperti Kelantan, Kedah, Terengganu akan menyaksikan BN lebih kukuh.

Malahan yang lebih penting, dengan sokongan kaum bumiputera kukuh di belakang BN, kaum cina yang sentiasa pragmatik tidak akan bertaruh untuk Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka akan kalah. Dan mengenali orang cina, mereka tidak akan memilih ‘kuda’ yang kalah.

Sebenarnya PM Najib tidak perlu pun nasihat daripada ‘con-sultan’. PM Najib hanya perlu mempelajari sejarah dengan melihat apa yang dilakukan oleh ayahandanya Tun Razak selepas pilihanraya 1969. Akibat Tunku Abdul Rahman yang begitu berlembut dan terlalu menurut permintaan kaum Cina, Parti Perikatan telah kalah undi popular, kehilangan majoriti 2/3 serta negeri Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Sebagai PM baru, Tun Razak tidak terdesak meraih kembali sokongan kaum cina. Sebaliknya beliau memperkenalkan DEB dan mengukuhkan sokongan bumiputera.  Tun Razak tahu di mana ‘power base’ beliau dan beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mempercayai ‘power base’nya.

PM Najib perlu berhenti memilih menjadi seperti Tunku Abd Rahman. Tidak mungkin PM Najib boleh menjadi ‘the happiest Prime Minister in the world’. Mencuba memuaskan hati semua pihak akan menyebabkan beliau tidak memuaskan hati sesiapa. PM Najib perlu pilih sama ada mahu terus mencuba memuaskan hati golongan yang tidak menyokongnya atau mengukuhkan power basenya. Sekiranya beliau menurut jejak langkah Tun Razak, beliau mempunyai beberapa cara antaranya:

  1. Membantu bumiputera dalam bidang pendidikan. Tambahkan biasiswa, peruntukan kepada MARA digandakan. Semua GLC diarahkan meletakkan kuota bumiputera bagi biasiswa mereka.
  2. Mengukuhkan agenda Islam. Tingkatkan subsidi haji, tambahkan peruntukan kepada jabatan agama. Di negeri majoriti melayu, UMNO boleh mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya PAS ingin melaksanakan hudud, UMNO tidak akan menghalang dan sedia berbincang. (Ini bertujuan untuk melihat keikhlasan perjuangan PAS serta menilai sejauh mana prinsip ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ Pakatan Rakyat dapat diteruskan.)
  3. Menyenenaraikan salah satu anak syarikat PETRONAS dan majoriti saham itu hanya boleh dibeli oleh bumiputera. Ini akan meningkatkan pendapatan mereka dalam sekelip mata. (Secara mudah berbillion ringgit kekayaan dapat dicipta dalam sekelip mata seperti penyenaraian Felda.)

Banyak lagi perkara yang PM Najib boleh lakukan. Sememangnya langkah-langkah pro-bumiputera ini akan ditentang media barat, pembangkang bahkan parti komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan. Di sinilah keyakinan PM Najib akan diuji. Sekiranya beliau masih ragu-ragu, TPM Muhyiddin perlu melakukan sesuatu. Itu akan ditulis kemudian.

Tagged , , ,

BN CANDIDATES- IT IS TIME TO GIVE BACK

1. Barisan Nasional  has unveiled their candidates. As promised, one third of the candidates are fresh faces.

2. Several ministers, component party leaders and old big-guns have decided not to contest. The ability of internal renewal is always a BN’s strength.

3. Unsurprisingly, few seasoned politicians still believe they are the winnable candidates until they are told they will not be fielded for this election. Well, they choose to be dropped rather than quit from politics gracefully.

4. Admittedly the list of candidates is far from perfect. Some candidates are questionable while some  old guards are still clinging to the position. Aren’t these people realise they are already past their use-by date? I wonder what they want to pursue in politics. They aren’t going to be Prime Minister anyway.

5. One candidate has been made the Chairman of the largest plantation company in the world.  Another candidate has become an MP since 1974 and now the longest serving MP in Malaysia. Still, these people refuse to make way for young generation.

6. Only 2.7% or 6 candidates are below 35 years old. This fact is very telling.

7. To blame the Prime Minister for not rejuvenating the party with fresh bloods is quite unfair. He has done his best. After all he is now leading the much weaker coallition compare to his predecessor.

8. Less than 24 hours after the announcement, one former MP has threaten to contest against the party and few divisions already preparing to sabotage the candidates. Imagine what would happen if all the ‘deadwood’ been chopped. This explains why the ‘deadwood’ are still there. Remember, this is democracy where you have to compromise a bit.

9. But that doesn’t mean we can’t change. These seasoned politicians should remember that it is their former bosses who brought them into politics and nurture them to be a leader. How many political secretary of ministers from the past have become politician? They must realise that when they were chosen, it was due to the support from the ground that helped them win, so it is now their turn to support them.

10. If they still reluctant, it meant they are self-centered and not to serve the rakyat. The party also will become weaker  because it comprise people who are stale and not talented.

11. They may say they still a winnable candidate. Well then, you train your successor to be a winnable candidate. Out of thousands party member, there must be someone who talented enough to be given a chance.

12. You must not overstay your welcome. Politics is like public services. You must retire in order to make way. Please don’t put politics in the same line as private sector organization.

13. It is time to give back to the party. The same rule apply for the opposition.

Tagged , ,